“Walaikumusalam…yup,baru seminggu.Tapi saya dah lama beli rumah ini.Sebelum ni sewakan pada orang sebab saya tinggal di luar”Jelas Saiful Amri sambil menghulur salam perkenalan.
“Saya Asfan Azrif,panggil Afan sahaja.Jiran depan rumah awak saja”Ujar Asfan memperkenalkan diri.
“Saya Saiful Amri.Panggil Am cukup”
“Hope,you enjoyed living here.Enviroment and service tip top”Saiful Amri menunjuk isyarat bagus kearah Asfan.Baik sungguh jiran barunya itu.Segak orangnya.Agak-agak Saiful Amri,Asfan mungkin sudah beristeri kerana semalam,dia nampak ada seorang wanita sedang berdiri bersama sama Asfan di beranda bilik.Cuma Saiful Amri tidak perasan wajah wanita itu.Mesti cantik untuk dipadankan dengan Asfan.
“Daddy,come.Daddy kata nak balik rumah opah.Naj miss opah so much..”Kehadiran Najlaa mematikan lamunan duda anak satu itu.topi yang diatas kepala,dibetulkan sesekali.Saiful Amri suka berpakaian santai di luar waktu bekerja.Jika dilihat,lelaki berusi 32 tahun ini nampak jauh lebih muda dari usia sebenarnya.Mungkin ramai yang tidak akan percaya dia sudah mempunyai seorang anak gadis berusia 8 tahun.
“Anak?”Saiful Amri lambat-lambat mengangguk.Riak wajah Asfan berubah.Sungguh dia tidak percaya lelaki itu sudah punya anak sebesar itu.
“The only one..Tak percaya ke?”
“Oh my god bro.You look so young untuk ada anak sebesar ni”Ujar Asfan teruja.
“Kahwin muda.Haha..”
“Daddy..”Najlaa yang sudah lama berdiri disisi Saiful Amri mula merenggek.Dia mahu cepat pulang bertemu opah.Lagipun sepupunya sudah sampai disana.
“Eh,okay lah.Saya minta diri dulu”
“Eh Am..Kau Aku saja lah ya?Rasa more comfortable”
“Aku okay saja.I got to go.Princeses ni mengamuk nanti.Haru”
“Daddy ni.”Merah padam wajah putih bersih Najllaa diusik bapanya.
“Lets go.No need to bring baju,so on.Rumah opah ada”Tangan kecil Najlaa dipimpin menuju ke tempat letak kereta.Mereka sudah berjanji untuk makan tengahari di rumah ibu Saiful Amri.Sesekali terdengar ketawa Najlaa apabila diusik bapanya.
“Daddy,cantiknya aunty tu”Saiful Amri menjenguk kearah yang dimaksudkan Najlaa.Terjenguk jenguk dia mencari.
“Mana,Daddy tak nampak pun”
“Daddy lambat.Dah masuk dalam kereta tu”
“Cantik sangat ke?” Soal Saiful Amri lembut.
“she so gorgeous…”
“You,tiang pun kata cantik”Sindiran Saiful Amri dengan cebikan oleh Najlaa.Bapanya sering memperlekehkan citarasa dia.
“I have good taste okay.Daddy,she look like the girl in you old photo album” Dahi Saiful Amri bekerut.Sedang memproses ingatan.Cuba mengingati siapa yang dimaksudkan oleh Najlaa.
“Which one..”
“Your schoolmate..” Saiful Amri tersenggeh.Tak mungkin dia yang Najlaa maksudkan.
“old friend daddy tu dah tak ada la Naj.”
“I didn’t say her…?Look a like” Saiful Amri mengetap bibir.Boleh jadi apa yang Najlaa kata itu benar.Kan dalam dunia ini ada tujuh orang yang punya wajah yang sama.Wajah anak gadisnya ditenung seketika sebelum mengucup ubun ubun Najlaa penuh kasih.
“Seat belt pakai.Daddy nak gerak dah ni.”
“Tak sabar la Naj nak makan masakkan opah”Anak kecil itu bersorak gembira sebaik kereta Range Rover hitam milik bapanya mula begerak meninggalkan ruang tempat letak kereta kediaman mereka.Selepas Juliana meninggal,Saiful Amri tiada hati untuk berkahwin lagi.Dahulu,dia berkahwin dengan Juliana di London kerana mahu membantu Juliana yang baru memeluk agama Islam.Jullian atau nama Islamnya Nur Juliana yang berbangsa Inggeris dibuang keluarga kerana memilih Islam sebagai agama pilihan.Dari niat ingin membantu,timbul rasa cinta.Semua dipermudahkan.Kedua orang tua Saiful Amri menerima Juliana dengan hati terbuka walau ketika itu,Saiful Amri masih menuntut ditahun pertama.Kata Arwah abah,besar pahala jika kita membimbing saudara baru.Lagi menguatkan rasa sayang mereka apabila Juliana disahkan hamil.Namun,kebahagian mereka tidak lama apabila Juliana pergi meninggalkan dia dan bayi yang dilahirkan akibat komplikasi sewaktu melahirkan Najlaa.Hampir sahaja Saiful Amri berhenti dari belajar kerana sedih tetapi apabila memikirkan Najlaa dan masa hadapan mereka dua beranak,Saiful Amri cekalkan hati.Sedar dan tidak,sudah lapan tahun berlalu.Setiap tahun Saiful Amri akan membawa Najlaa ke London untuk menziarahi kubur arwah Juliana.Rindu pada arwah Juliana tidak pernah hilang.Mujur wajah Najlaa mirip betul dengan arwah Juliana.Terubat juga rasa rindu pada arwah isterinya itu.
**********
“Am if something bad happen to me,please..please take a good care of our baby” Saiful Amri mengusap kepala Juliana yang dilitupi selendang.Hati Saiful Amri berdetik seperti akan ada sesuatu yang buruk akan berlaku.Tetapi dia tidak mahu melayan perasaan.Waktu- waktu begitu la,syaitan akan mula berbisik,menjauh kan kita dari Allah.Sepanjang menanti kelahiran puteri sulung mereka,Saiful Amri tidak henti berdoa agar semua selamat.Entah kenapa Juliana yang sihat walafiat sepanjang waktu mengandung menghadapi kesukaran disaat waktu kelahiran makin hampir.Keadaan kesihatan Juliana semakin merundum.Doktor turut mengingatkan Saiful Amri supaya sentiasa bersedia dengan apa jua kemungkinan yang bakal berlaku.
“Please my dear.i always pray for you health.InshaAllah,Everything will be fine”
“But I cant stand anymore.Im not strong like Maryam Amri..”Air mata lelaki Saiful Amri tumpah jua.Dia cuba kuatkan diri.Namun,dia tidak kuat untuk melihat Juliana terus begitu.
“Istigfar,InshaAllah.Allah always be with you.Think about our baby.You must be strong.I know you can Juliana..”
“Amri,can you promise me something” Sekian lama membisu,akhirnya Saiful Amri mengangguk lemah. Tangan Juliana digenggam erat sepertinya dia tidak akan dapat mengenggam tangan itu lagi.
“I wanna say thank you because guide me to be a good muslimah.I never feel this feeling before I know Islam..Im happy because I left something special for your before I leave.It might you remember me always” Saiful Amri tersenyum pahit.Juliana cukup tenang,tidak seperti dia.
“Amri,please promise me. if anything happened to me . Please take care of our child well . Give full of love. And one more thing. I want you to promise to get her back” Saiful Amri tergamam.Apa maksud Juliana.Bagaimana Juliana tahu.
“Amri,I read your diary.Im so sorry because I read you diary without your permission”
“But im writing In Malay.How can you read?”Soal Saiful Amri pelik.
“I learn your language,learn your culture because I wanna be a part of you..Amri,first word I have learn is,saya cintakan awak Amri” Dalam sedih ada satu perasaan yang sukar untuk Saiful Amri gambarkan.Hingga begitu sekali Juliana berusaha untuk dia.Jadi,selama ini Juliana faham apabila dia mengungkap kata cinta pada Juliana.Ya Allah,mengapa dia tidak sedar.
“Saya tahu, awak masih cintakan dia.Jadi,kejarlah cinta dia semula Amri. Saya bahagia jika awak bahagia.Saya tidak mahu awak terus memendam rasa cinta awak itu.” Ujar Juliana dalam pelat inggerisnya.Sesungguhnya,dia redha jika Allah mengambil nyawanya ketika itu.Allah sudah beri dia kesempatan untuk mengecapi bahagia walau mungkin dia tidak akan sempat menatap wajah bayi mereka.
“Saya minta maaf.Tapi saya mahu awak tahu yang saya betul betul ikhlas cintakan awak.i love you so much” Berkali- kali Saiful Amri mengucup tangan Juliana.Rasa bersalah kerana selama ini dia tidak pernah beterus terang pada Juliana tentang Atrisha.Atrisha wanita pertama yang dia cintai hingga kini.
“Saya mahu awak janji untuk cari dia dan sambung semula cinta kamu berdua.Dia terbaik untuk awak.”
“Jika dia boleh terima anak kita…saya janji.Tapi awak mesti janji juga dengan saya untuk terus kuatkan semangat.Awak boleh,saya yakin dengan awak sayang” Agak lama membisu,Saiful Amri akhirnya membuka mulut.Itulah janji terakhir dia pada Juliana sebelum Juliana meninggal dunia sewaktu melahirkan Najlaa.Allah mengambil Juliana dari dia tetapi Allah menggantikan Najlaa sebagai penyambung kasih antara dia dan Juliana.
Saiful Amri mecapai sekeping gambar yang sudah lusuh warnanya.Ditenung gambar itu lama-lama.Air mata Saiful Amri menitis perlahan.
“Abang minta maaf Isha…”Perlahan suara Saiful Amri hingga tenggelam dek angin malam.Saiful Amri tidak sangka berita perkahwinan dia dan Arwah Juliana sampai ke telinga Atrisha.Segalanya tidak dirancang.Dia memang mahu berterus terang dengan Atrisha.Cuma waktu kurang sesuai.Dia gusar Atrisha terkejut dengan berita tersebut.Dia mahu Atrisha faham mengapa dia menikahi Juliana.Pengorbanan demi membantu seorang saudara baru.Juliana lebih memerlukan dia. Saiful Amri tidak mahu Juliana terkapai kapai mencari arah.Dan yang paling penting,Juliana ikhlas memilih Islam sebagai agamanya.
Sebaik selesai upacara pengebumian Juliana,Saiful Amri mengambil keputusan untuk berehat seketika.Saiful Amri menangguhkan pelajaran untuk dua semester kerana dia mahu menjaga Najlaa sendiri.DIa mahu memberi sepenuh perhatian kepada Najlaa.Anaknya perlukan seorang ayah dan ibu.dan dia akan menjadi ibu dan ayah kepada Najlaa.Itu janji Saiful Amri.Sebulan pulang ke tanah air,Saiful Amri cuba menjejaki Atrisha.Dia sudah bersedia untuk berhadapan dengan Atrisha.Dia akan jelaskan segala-galanya pada Atrisha.Saiful Amri mohon agar Atrisha mengerti dan boleh menerima dia semula.
“Am,mari sini nak?”Datin Hajah Halimah memanggil Saiful Amri lembut.Tidak tahu bagaimana hendak memulakan kata-kata.Namun dia tidak sanggup melihat Saiful Amri terus-terus mencari.Dia dan suami juga rasa bersalah dengan apa yang berlaku.Mereka bukan tidak tahu hubungan Atrisha dan Saiful Amri,tetapi mereka langsung tidak menghalang ketika Saiful Amri memberitahu keinginan anak lelakinya itu untuk memperisterikan Arwah Juliana.Bukan Datin Hajah Halimah tidak nasihatkan Saiful Amri supaya fikirkan tentang Atrisha,tetapi Saiful Amri bertegas bahawa dia berkahwin dengan Juliana kerana agama.Bukan suka-suka.
“Am okay ke ni?Ibu tengok asyik menung sahaja sejak balik.Tak kasihan pada Najlaa ke?”Saiful Amri tersenyum kelat.Memang dia suka termenung.Banyak yang berselirat didalam kepala.Banyak soalan yang masih tidak terjawab.Dimana Atrisha dan keluarga hilang.Puas Saiful Amri mencari.
“Ibu kadang-kadang tak tahu siapa yang Am tengah fikir dan apa yang ada dalam kepala Am.Yang dah pergi tu,biarkan pergi.Kita doakan moga roh arwah tenang disana dan ditempatkan dikalangan hambanya yang beriman.Tak guna Am terus-terusan begini.Arwah Juliana tak akan kembali.Redha dengan Qada dan Qadar”Panjang lebar nasihat Datin Hajah Halimah.Ditepuk belakang Saiful Amri lembut.Sesuai ke waktu itu dia hendak berterus terang dengan Saiful Amri.Jika tidak,bila lagi?betahkah dia lihat Saiful Amri terus menerus mencari.
“Am redha bu.Am tahu yang arwah tenang disana.Tapi hati Am ni tak tenang bu selagi tak jumpa Isha.Puas Am cari.Am Tanya kawan kawan kami semua tak nak bagitahu Am apa-apa.Maybe diaorang semua marah sebab Am kahwin dengan orang lain”Jelas Amri dengan nada kecewa.
“Am tak jumpa ummi dengan babah Atrisha?diorang tak cakap apa-apa?”
“Mak cik sebelah rumah kita dulu beritahu Am yang keluarga Atrisha dah berpindah tapi tak tahu kemana.Am buntu bu.Am rasa bersalah sangat.Tapi bu berdosa ke Am sebab kahwin dengan arwah Juliana bu?”Wajah Saiful Amri sedikit tegang.
“Saiful Amri,jangan salahkan diri sendiri.Ibu dan ayah bangga sebab Am dapat bimbing Juliana sebaiknya sampai akhir hayat dia.Ibu yakin dan pasti yang Isha juga faham.Cuma,kita tidak tahu bagaimana Atrisha kecewa.Ialah,kamu berdua berkawan bukan setahun dua. Tapi berbelas tahun.Perempuan ni,hati tak sama dengan lelaki Am.Lagi-lagi cinta pertama.Am kena faham tu”Nasihat Datin Hajah Halimah seperti angin lalu.Saiful Amri tidak boleh terima kehilangan Atrisha.Jika marah sekalipun,Atrisha tidak boleh menghilangkan diri begitu sahaja.Atrisha perlu beri dia peluang untuk membuat penjelasan.Keadaan menjadi sunyi sepi untuk seketika.Datin Hajah Halimah cuba mencari ayat yang paling sesuai untuk Saiful Amri,supaya anaknya itu tidak terkejut dengan berita yang akan dia sampaikan.
“Ibu tak tahu nak cakap macam mana dengan kamu ni Amri.Ibu pun serba salah” Saiful Amri memalingkan tubuh menghadap ibunya.Menanti apa yang bakal keluar dari mulut ibu.
“Pasal Atrisha”
“Kenapa ibu?Isha dah kahwin?”Soal Saiful kurang sabar.Jika diikutkan,Atrisha masih belajar.Tidak mungkin Atrisha sudah berkahwin.Tapi dia pun masih belajar.Kahwin juga.Semua itu tidak musatahil.
“Sabar Am.Dengar sini.Ibu nak kamu tenang dan buka hati lapang-lapang…fikir tentang Najlaa ya”Saiful Amri makin pelik.Tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan Datin Hajah Halimah.
“Ibu nak cakap apa sebenarnya bu?”Soal Saiful Amri curiga.
“Am,Atrisha dah tak ada.Dia accident masa on the way balik dari jumpa ibu dan ayah” Bagaikan halilintar menyambar telinga,Saiful Amri terpana.Ya Allah,dugaan apa lagi yang kau berikan ini.Sesungguhnya aku tidak kuat Ya Allah.Saiful Amri tersandar sambil kedua tangannya menekup wajah.Berat betul dugaan untuk dia.
“Ibu dan ayah tak nak beritahu kamu sebab kamu baru kahwin dengan Arwah Juliana waktu itu.Ibu pun tak tahu nak cakap macam mana.Waktu dia jumpa kami.Ibu tengok macam okay jer.Setitik air mata pun tak keluar.Tiba-tiba,petang tu.Ummi Atrisha call beritahu kami Atrisha accident.Ibu sendiri tengok masa Atrisha di ICU Am.Seminggu lepas tu,Ummi Atrisha beritahu kami yang Atrisha meninggal dunia.Bila kami nak ziarah arwah.Kami tengok rumah mereka dekat Pandan tu,dah kosong.Bila Tanya jiran jiran,mereka semua kata tak tahu”Jelas Datin Hajah Halimah panjang lebar.Bukan senang untuk dia berterus terang dengan Saiful Amri.Lagi-lagi Saiful Amri baru sahaja kehilangan arwah Juliana.
“Ibu tak tipu”Saiful bagaikan tidak percaya.Dia kehilangan seorang lagi jantung hatinya.Mata kuyunya memandang tepat ke mata Datin Hajah Halimah meminta penjelasan pasti.Saiful Amri masih tidak percaya.
“Ibu nak tipu kenapa?ibu dah anggap Atrisha tu macam anak ibu sendiri.Ibu pun sedih tapi Allah lebih sayangkan dia Am.Kita siapa untuk menidakkan takdir Allah”
“Tapi,kenapa baru sekarang ibu nak beritahu?dah setahun…”
“Ibu tak bersedia..ibu kuatkan juga hati ibu beritahu kamu ni sebab ibu dah tak larat nak tengok kamu ulang alik mencari.Najlaa tu pun kamu abaikan.Kamu lupa ke janji kamu pada arwah Juliana Am?”Saiful Amri mendengus.Entah apa yang merasuk fikiran hingga dia sanggup bangun dan tidak mengendahkan kata-kata ibunya.Untuk seketika Saiful Amri terlupa akan Najlaa.Berbulan bulan dia sibuk melayan lara hatinya.Setiap hari Saiful Amri mencari dimana kubur Atrisha.Selagi tidak jumpa kubur Atrisha,bagi Saiful Amri,wanita itu tidak pernah mati.Mungkin itu semua helah keluarga Atrisha untuk memisahkan mereka.Mungkin keluarga Atrisha menganggap,dia yang menjadi penyebab Atrisha kemalangan.Dia pembawa malang kepada wanita itu.
*************
“Sampai bila Am nak jadi macam ni?Ayah tengok,solat pun tidak” Tegur Dato’ Haji Taruddin.Dia gusar,jika dibiarkan,makin jauh Saiful Amri hanyut.Sudah berbula-bulan Saiful Amri begitu.
“Orang,makin diuji,makin dekat dengan tuhan.Tapi kamu ni…Kamu tak percaya dengan Qada dan Qadar ye Saiful Amri?” Saiful Amri mengetap bibir.Keadaan yang tidak terurus, meresahkan lagi hati kedua orang tua Saiful Amri.Pihak Universiti sudah meminta Saiful Amri untuk membuat pengesahan samada Saiful Amri masih mahu meneruskan pelajaran atau tidak.Jika Saiful Amri tidak memberi jawapan dalam waktu terdekat.Mungkin Saiful Amri akan dibuang Universiti.
“Anak kamu,langsung kamu tak hiraukan.Asyik keluar pagi,balik malam.Kamu tahu tak Najlaa dekat hospital.Demam panas.Nasib ibu kamu tu ada lagi.Kalau tak,siapa yang nak menjaga si Najlaa tu.Sedar lah Saiful Amri.Perjalanan hidup kamu tu jauh lagi”Dato’ Haji Taruddin menekan sedikit suara.Selama ini dia hanya memerhati sahaja tingkah laku Saiful Amri.Tapi makin dibiarkan,makin teruk pula dia lihat keadaan Saiful Amri.
“Najlaa demam ayah?”
“Ya,Dah dua hari Najlaa admitted..Kamu tak kasihan ke pada Najlaa.Sudah lah tak beribu,ada bapa pun macam tak ada..”Dato’ Haji Taruddin merendahkan sedikit nada suaranya sebelum duduk disisi Saiful Amri.Bukan niat dia untuk mengherdik Saiful Amri.Tapi Saiful Amri perlu disedarkan.
“Maafkan Am ayah.Am buntu..Semua ni disebabkan Am.Dulu sebelum pergi belajar,Am janji nak kahwin dengan Isha.Tapi Am mungkir.Am kahwin dengan Juliana..Bila Am kahwin dengan Juliana,Juliana pula meninggal sebab lahirkan anak Am” Saiful Amri menekup wajah dengan kedua belah tangan menahan sebak.Rasa bersalah sering menghantui diri Saiful Amri.Sehingga kini dia rasa,dia adalah penyebab kematian dua wanita kesayangnya itu.
“Sudah lah Am.Kamu muda lagi.Masih jauh perjalanan.Ingat,segala ujian yang Allah beri itu pasti ada ganjaran.Mungkin hari ini kamu hilang dua orang yang kamu cintai.Mana tahu nanti,kamu akan dapat lebih dari apa yang pernah kamu ada.Allah itu maha adil.Allah tidak turunkan ujian pada kamu kalau kamu tak mampu,sudah.Bawa-bawa solat.Ayah nak hantar makanan pada ibu.Pergi tengok Najlaa tu.Kesian ayah tengok dia dicucuk sana sini” Dato’ Haji Taruddin menghela nafas panjang,seakan lega dapat melepaskan apa yang terbeban di bahunya.Apa yang perlu dikata,dia sudah katakan pada Saiful Amri.Kini,terpulang pada Saiful Amri untuk guna akal waras.
“Kejap lagi Am pergi ayah.Tropicana Medical Centre kan?” Dato’ Haji Taruddin mengangguk.Selepas Asar dia akan kesana menghantar makanan buat isterinya dan bubur buat Najlaa.Pagi tadi,Najlaa sudah mula mahu makan.Cuma sesekali hati Dato’ Haji Taruddin sebak apabila Najlaa asyik memanggil bapanya.
“Ya Allah,ampuni aku kerana mengabaikan amanah yang kau berikan.Sesungguh,aku hambamu yang lemah.Kembalikan segala kekuatan ku Ya Allah demi anak ku Nur Atrisha Najlaa ya Allah.Kau lindungi anak ku dari sebarang penyakit dan bala bencana…Amin” Lama Saiful Amri berteleku di atas sejadah.Terasa begitu lama dia meninggalkan segala kewajipan dunia akhiratnya.Begitu dia alpa dalam menjalankan tanggungjawab kepada Najlaa.Tiba-tiba Saiful Amri terasa rindu kepada Najlaa.Lantas,segera Saiful Amri bangun dan bersiap.Dia mahu bertemu Najlaa.Mahu mengucup pipi gebu Najlaa.Begitu lama dia tidak memeluk tubuh Najlaa.Saiful Amri berjanji,dia akan jaga apa yang bersisa untuk dia.Segala kasih dan sayang Saiful Amri hanya untuk Najlaa.
“Assalamualaikum….”
“Waalaikumusalam” Salam Cikgu Adriana disambut dengan senyuman.Entah sejak bila Cikgu Adriana ada disitu,Saiful Amri tidak perasan.
“Aunty beritahu yang awak ada disini.Sebab tu saya kesini.” Wajah mulus Cikgu muda itu dijeling sekilas.Tudung biru laut itu cantik dipadankan dengan kurung moden putih bercorak abstrak biru gelap.Sesuai dengan kulit sawo matang Cikgu Adriana.
“Lepas makan,memang saya selalu duduk disini.Dulu saya selalu study kat sini dengan somebody” Kata-kata Saiful Amri disambut dengan senyuman.Cikgu Adriana tahu,Saiful Amri sengaja menekankan tentang seseorang itu dihadapan dia agar dia tidak berharap.Tapi akan daya,dia sudah terlanjur cinta pada Duda anak satu itu.Lagipun,Cikgu Adriana tahu tentang kisah silam Saiful Amri.Jika Saiful Amri izinkan,Cikgu Adriana sudi menjadi penganti sebagai pengubat lara hati Saiful Amri.
“Amri,saya tahu saya bukan sesiapa.Tapi,awak patut beri peluang kepada diri awak.Najlaa perlukan seorang ibu.Sekarang Naj dah lapan tahun.Tak lama lagi dia akan jadi gadis dewasa.Saya tahu awak memang sayangkan Najlaa.Tak ada sesiapa pun boleh nafikan itu…”
“Apa maksud Cikgu?”Dahi Saiful Amri berkerut.Tidak dapat menangkap apa yang cuba Cikgu Adriana sampaikan.
“Awak ni.Macam mana saya nak cakap..” Cikgu Adriana berkira-kira bagaimana hendak disampaikan hasrat hatinya pada Saiful Amri. Sekaligus mahu Saiful Amri tahu bahawa Najlaa yang semakin menginjak dewasa tentu punya banyak kemuskilan untuk dikongsi bersama sama seorang wanita yang bergelar ibu.
“Saya rasa,awak perlu cari seorang ibu untuk Najlaa..Tak lama lagi dia makin besar.Ada banyak benda yang dia perlu kongsi dengan seorang wanita bergelar ibu..”
“Cuba straight to the point Cikgu”Saiful Amri sudah faham.Tetapi sengaja pura-pura tidak mengerti.Dia suka apabila melihat Cikgu Adriana menggelabah.
“Saya sudi jadi ibu Najlaa kalau awak izinkan” Perlahan tapi jelas di cuping telinga Saiful Amri.Cikgu Adriana tertunduk malu.Entah mengapa dia berani sangat untuk berterus terang pada Saiful Amri.Rasa ingin terjun sahaja ke dalam kolam mandi disebelah mereka itu.Saiful Amri ketawa kecil.
“Cikgu..Cikgu…Comel lah cikgu ni bila malu”Saiful Amri terus,menerus mengusik Cikgu Adriana.Geli hati melihat Cikgu Adriana yang sudah tidak betah duduk dihadapanya.
“Maafkan saya Amri.Saya ikhlas.Lagipun saya memang sayangkan Najlaa.Saya dah anggap Najlaa macam anak saya sendiri” Bagai mahu gugur jantung Cikgu Adriana apabila melihat senyuman Saiful Amri yang makin meleret hingga menampakkan lesung pipit lelaki itu.
“Cikgu,Cikgu dah lama kenal ibu saya kan?” Lambat-lambat Cikgu Adriana mengangguk.
“Anak saya pun cikgu dah mengajar dua tahun kan?” Cikgu Adriana seperti orang bodoh,menganggukan kepala sekali lagi.
“Saya baru balik sini tiga bulan cikgu..Cikgu ada banyak masa lagi untuk kenal saya.Saya ni scary tau” Usikan dan kata-kata Saiful Amri sedikit melegakan hati Cikgu Adriana.Itu bermakna dia ada harapan.Saiful Amri tidak menerima dan tidak menolak.Dia perlu berusaha.
“Saya tahu awak akan jatuh cinta pada saya juga nanti Amri” Ujar Cikgu Adriana separuh berbisik.Dia tidak sedar, Saiful Amri mendengar apa yang dia katakan.
“Dua kali saya bercinta.Dua-dua berakhir dengan kematian.Kalau awak berani jadi yang ketiga,cubalah” Cikgu Adriana terkedu.Apa maksud Saiful Amri.Apa itu satu sumpahan.Cikgu Adriana mempercepatkan langkah,mengikut Saiful Amri dari belakang.Seram pula dia tinggal disitu sendirian.Saiful Amri tersenyum melihat wajah Adriana yang sudah berubah takut.

No comments:
Post a Comment