“Daddy..Ambil la roti lain”Bentak Najlaa.Marah rotinya dimakan hingga separuh oleh Saiful Amri.”
“Sudah-sudah.Ish,dua beranak ni.Banyak lagi tu kan?”
“Daddy ni opah..”
“Sudah..pergi naik atas,panggilkan Mak Long.Beritahu Mak Long yang opah dah siapakan sarapan” Najlaa mencebik kearah bapanya dan terus berlari bagi mengelak ditangkap bapanya.Jika tidak.Nahas dia digeletek bapanya.
“Saiful Amri.Sudah sudah la tu.Kamu ingat Najlaa tu kecil lagi ke?”
“Kenapa bu?”
“Dia dah nak anak dara tahu..Hai,ibu tak tahu la nanti macam mana bila Najlaa tu cukup umur” Saiful Amri menggaru kepala.Dari semalam asyik cerita tentang umur Najlaa.Dia bukan tidak tahu mengapa.Dia pernah punya isteri.Jadi dia tahu serba sedikit tentang hal perempuan.
“Bu,Am ni bukan lah kolot sangat bu.Am tahu la.Tapi Najlaa tu baru lapan tahun.Kecil lagi”
“Itu la kamu.Nak menggelak lah tu.Kamu tengok Cikgu Adriana tu.Punyalah sayang dengan Najlaa. Cantik pun cantik…”
“Tapi tak secantik Juliana dan Atrisha bu..”Pintas Saiful Amri.
“Juliana tu cantik sebab memang anak mat salih..Atrisha tu cantik sebab darah keturunan dia tu bercampur campur,cina,melayu,portugis..memang la cantik..Tapi Cikgu Adriana tu,cantik melayu asli tahu.Tengok,cara dia layan ibu..”
“Aduh ibu ni.Memang lah dia layan ibu baik sebab dia nak tackle Am”
“Eh,tak ada maknanya.Dah lama ibu kenal dia tahu.Sebelum dia tahu ibu ada anak yang tak berapa nak handsome ni” bebelan Datin Hajah Halimah disambut tawa oleh Kak Long Saiful Amri yang baru turun.
“Eeh,galaknya ketawa.Bentan karang baru tahu” Safia berhenti ketawa tiba-tiba apabila keluar perkataan bentan dari mulut ibunya.
“Entah,dah macam orang meroyan” Sampuk Saiful Amri.
“Diam kamu…”Saiful Amri ketawa apabila Safia menjegil mata pada dia.
“Ya Allah budak berdua ni.Dari kecik sampai besar,gini la..Am,tolong kak Long tu.Bukan main payah nak duduk..haha..macam baru first time deliver baby”Ujar Datin Hajah Halimah sambil ketawa kecil.Geli hati melihat Safia terkial kial hendak duduk.
“Ibu ni pula.Gelakkan Along kenapa?sakit tau.Dah lah jahit banyak”
“Yang kamu angkat punggung kenapa?ingat bersalin kt hospital swasta tak sakit?sama saja.”Saiful Amri hanya menjadi pemerhati.Ngilu dia apabila melihat sendiri sewaktu Arwah Juliana melahirkan Najlaa.begitu besar pergorbanan seorang ibu.Oleh sebab itu,dia makin menghormati wanita.
“Hah,menung..”Saiful Amri terkejut apabila Safia menepuk tangan dihadapan muka dia.
“Tak ada la.Teringat pula pada Arwah Juliana masa dia bersalinkan Najlaa….”Datin Hajah Halimah dan Safia berpandangan sesama sendiri.
“Am,apa kata Am ikut sahaja la cadangan ibu tu Am.Ke,Am dah ada calon lain” Sengaja Safia mengubah topik perbualan.Dia tidak mahu Saiful Amri bersedih.Dia faham sangat apa yang terpendam di hati Saiful Amri.
“Cadangan ibu untuk kahwin dengan Cikgu Adriana tu?Am bukan tak mahu la Kak Long.Hati Am belum terbuka lagi.Nanti Am takut,Am tak boleh sayang dia macam Am sayang pada Juliana dan Isha” Safia menggeleng,Saiful Amri masih hidup dalam bayangan Juliana dan Atrisha.Entah sampai bila Saiful Amri hendak hidup begitu.
“Ikut kamu la Saiful Amri.Tapi ibu nak Am fikir tentang Najlaa.Bukan fikir pasal perasaan Am sahaja”
“Betul tu Am.Kasihan Kak Long tengok Najlaa tu”Safia menyokong penuh kata-kata ibunya.Saiful Amri tidak patut mementingkan diri sendiri.Najlaa perlukan seorang ibu.
“Hurm,tengoklah macam mana.Tapi setakat ni.Alhamdulillah.Kami bahagia berdua” Pandangan Saiful Amri dilempar keluar Villa.Melihat Najlaa yang sedang bermain dengan sepupu-sepunya.Kebetulan,waktu itu musim cuti sekolah.Jadi,Saiful Amri tinggalkan Najlaa di rumah orang tuanya.Kebetulan esok dia perlu outstation.Abang keduanya juga yang menetap di Singapura akan pulang ke ibu kota esok.Biarlah Najlaa menghabiskan masa dengan ahli keluarganya diVilla itu.
“Bu,petang nanti,Am balik Kondo.Esok Am kena pergi Sabah dua hari.Naj tinggal sini la ya.” Saiful terlupa hendak maklumkan pada ibunya yang dia perlu ke Sabah selama dua hari bermula esok.
“Itulah,ibu suruh duduk sekali sini tak mahu.Nak duduk sendiri kononnya.Tengok Najlaa tu kena pindah randah..Entah apa seronoknya duduk sendiri entah.Ibu sebenarnya memang tak setuju kamu duduk situ kecuali kamu tu dah berkahwin.Ibu risau Najlaa tu tak ada siapa nak uruskan” Datin Hajah Halimah melepaskan apa yang terbuku dihatinya.sedari awal lagi,Datin Hajah Halimah sudah tidak bersetuju dengan keputusan Saiful Amri untuk bawa Najlaa tinggal sendiri.Kebajikan Najlaa paling dia gusar.
“Ibu,Naj tu anak Am.Tak kan Am nak sia-siakan dia pula.Mana tahu dapat cari Mummy Naj dekat situ…”Ujar Saiful Amri berseloroh.
“Pandailah kamu Amri”
“Bu,Am ada nak keluar sekejap.Ada barang nak beli.Tapi tak bawa Najlaa.Nanti meleret-leret shopping dia.Sebelum terlupa,ni belanja Najlaa bu” Saiful Amri mengeluarkan dompet dan menghulur sepuluh keping not serratus kepada Datin Hajah Halimah.Begitulah Saiful Amri.Setiap bulan dia akan berikan belanja buat Najlaa yang sering ditinggalkan dirumah ibunya.
“Kamu tahu tak Am,duit yang kamu beri tiap-tiap bulan ni,ibu tak tahu dah nak buat apa”
“Ala bu,ibu buat jer la apa-apa.Esok,semua balik kan?bawalah diorang pergi Kidzania.Najlaa dah berapa kali ajak pergi.Am jer tak ada masa.Kalau ibu rasa nak bersedekah dekat anak-anak yatim kat tempat ibu selalu sedekah tu,ibu sedekahkan untuk Najlaa dengan arwah Juliana sekali.Duit tak habis bu” Duit yang dihulur Saiful Amri bertukar tangan.Kalau begitu niat Saiful Amri,Datin Hajah Halimah bersetuju.Betul kata Saiful Amri.Duit mereka tak akan habis.Bagus juga bersedekah.Dapat membersihkan harta mereka.Berkat asuhan Arwah suaminya,Alhamdulillah,keempat-empat anaknya,semua menjadi.Bekerjaya,menantunya juga baik-baik belaka.
“Okay lah bu,Kak Long.Am pergi dahulu.Assalamualaikum”Dikucup pipi Datin Hajah Halimah dan Safia sebelum memohon diri untuk berlalu.
“Daddy..!”Jeritan Najlaa menghentikan langkah Saiful Amri.Aduh,bagaimana Najlaa boleh perasan dia mahu keluar.Mesti Najlaa mahu mengikut.
“Daddy nak pergi mana?”Soal Najlaa sambil mencekak pinggang.
“Nak keluar jumpa kawan Daddy kejap.Naj tak boleh ikut..semua lelaki” Bohong Saiful Amri.Yang sebenar,dia mahu segera pergi,dan segera pulang.Jika bawa Najlaa,sudah pasti banyak persinggahan.Bukan dia tidak kenal anak gadisnya itu.
“Ala,Naj nak ikut..Naj janji,Naj behave” Najlaa mengangkat tangan tanda dia berjanji akan berkelakuan baik jika bapanya membawa dia.
“Eh,tak boleh.Nanti ada yang mengorat princess daddy ni nanti,susah lah Daddy” Najlaa mencebik.
“Alah,nak ikut pun tak boleh”
“Nanti opah nak pergi Kidzania.Naj mesti nak pergikan..Esok,Pak ngah n Mama ngah balik sini.Kejap lagi pula,abang Aidil dengan Kak Maya datang.Pak Lang hantar.” Tidak semena Najlaa bersorak.Gembira kerana semua akan ada nanti.
“Daddy jer yang tak ada tau.Daddy outstation dua hari.”
“Tak apa..Tapi jangan lupa belikan Naj apa-apa sahaja okay..Promise me Daddy?” Jari kelingking Saiful Amri dan Najlaa bertaut.Jika Najlaa tidak pesan sekalipun,dia pasti akan belikan sesuatu untuk Najlaa.Dahi Najlaa dikucup lembut.Sungguh Saiful Amri sayangkan Najlaa umpama nyawanya.
“Ingat,Daddy kerja keras untuk…”
“Untuk beri Najlaa kesenangan…Najlaa boleh minta apa sahaja yang ada dalam dunia ni…hehe”
“Itu Naj tambah..Macam mana kalau Naj minta Eiffel Tower kat Daddy?” Dicuit hidung mancung Najlaa hingga anak kecil itu terjerit kecil.
“Naj,Daddy pergi dulu tau.Jangan nakal.Dengar cakap opah..I love you so much baby” Najlaa menjungkit kaki,sambil memeluk Saiful Amri erat.
“Love you to Daddy”Saiful Amri membongkok sebelum menghulur pipinya pada Najlaa untuk dicium seperti selalu.Rindu Saiful Amri jika tidak dicium Najlaa sehari.Habis pipinya dicium Najlaa berkali tetapi Saiful Amri membiarkan sahaja perlakuan Najlaa.Dia tahu Najlaa sangat manja.Haishhh,Bagaimana nanti jika Najlaa sudah kekasih suatu hari nanti.Pasti dia terpaksa melepaskan Najlaa dengan berat hati.
***********
Seperti biasa,Saiful Amri akan kebutik pakaian kegemarannya Fred Perry.Dia sudah lama tidak membeli belah.Banyak pakaian dia masih belum sampai.Lagi sebulan baru barang-barang dari London sampai menerusi kapal kontena.Mahu atau tidak.Terpaksa Saiful Amri membeli sedikit pakaian baru untuk digunakan sementara. Banyak juga hasil yang dia perolehi hari ini.Saiful Amri membelek-belek barangan-barang yang baru dibelinya,takut-takut ada yang tertinggal.Malas dia hendak berpatah semula.Sedang asyik menelek beg berisi pakaian yang baru dibeli tadi.Saiful Amri dengan tidak sengaja terlanggar seseorang.Dengan pantas Saiful Amri mencapai batang tubuh yang ingin jatuh itu.
“Aduh” Saiful Amri mengaduh,begitu juga dengan wanita dihadapan dia itu apabila kepala mereka berlaga agak kuat.
“Maa…af cik”Untuk seketika,Saiful Amri terpaku.
“its okay…”Cepat-cepat Atrisha meleraikan tangan Saiful Amri yang masih memegang pinggangnya.Ambil kesempatan ke nak tolong.Getus hati kecil Atrisha.Pandangan Saiful Amri membuatkan dia lebih tidak selesa.
“Sorry sekali lagi” Saiful Amri tersedar yang dia sudah berlebihan.Tentu wanita itu fikir bukan-bukan tentang dia.Belum sempat Saiful Amri menyambung kata-kata wanita itu telah berlalu dengan senyuman kelat.Marah agaknya.Dia bukan sengaja.Beg pakaian yang bersepah di lantai Saiful Amri kutip.Dan untuk seketika dia berhenti dan teringat sesuatu.
“Isha”Jantung Saiful Amri seakan berhenti berdetak.Dia segera mengutip beg pakaian dan segera melangkah kearah laluan wanita yang dia terlanggar tadi.Hampir setiap tingkat Saiful Amri cuba mencari namun tidak juga ketemu.Akhirnya Saiful Amri berhenti di bangku yang tersedia di situ.Dia cuba beristigfar.Mana mungkin.Bukankah,Nur Atrisha Najwa sudah lama meninggal dunia.Ah,mungkin kerana dia terlalu rindu pada Atrisha.Tapi mana mungkin dia lupa dengan wajah dan mata coklat milik Atrisha.Mata galak yang selalu dia curi-curi pandang satu waktu dulu.
“Dia cantik.Tapi tak kan Isha seksi macam tu…”Saiful Amri berkata sendiri.Memang seksi dan menggiurkan.lagi-lagi bila hanya dibaluti dres singkat tanpa lenggan.Siapa pun akan cair.Dia sendiri tadi tidak sengaja terpegang bahu wanita itu yang tidak beralas.Belum pernah Saiful Amri menyentuh wanita yang dia tidak kenali begitu.Setakat berjabat tangan tu adalah.
“Aku mimpi agaknya…”Bisik Saiful Amri sekadar menyedapkan hati.Walhal,di dalam hati.Dia seolah yakin yang dia tidak silap pandang.DIa seakan yakin bahawa wanita itu adalah Atrisha.Atrisha yang dia cintai.
******
“Sayang…”Langkah Atrisha terhenti apabila tangan dia di Tarik Asfan.
“Menonong jer jalan.Kan I kata,I dekat kedai ni” Atrisha mendongak ke signboard butik Zara.Jauh betul dia menggelamun.Renungan lelaki tadi benar-benar menganggu fikiran.
“Sayang,are you okay?muka pucat macam kena kejar hantu ni.Ada orang kacau you ke?”Asfan menarik Atrisha ke dakapan.Terasa jantung Atrisha bedegup laju.Wanita itu Cuma menggeleng.
“Dah tu,kenapa jadi macam ni.tangan sejuk…”
“I nak terjatuh dari askulator tadi…tu yang I terkejut..Malu…”Bohong Atrisha.Asfan tersenyum lega.Takut juga dia jika ada sesuatu yang berlaku pada Atrisha.
“Tak jatuh kan?Dah,I kan ada..Jom I belanja you makan.You nak makan apa?you bagi tahu jer pada I you nak makan apa sayang”
“Kita makan kat food court sahaja la sayang”Asfan mengangkat bahu.Menurut sahaja kemahuan Atrisha.Mood Atrisha masih belum okay lagi.Baik Asfan turutkan sahaja kehendak Atrisha.Sewaktu makan,Asfan lihat Atrisha banyak termenung.Naik bimbang Asfan.Apa agaknya yang sedang berlegar dalam fikiran Atrisha.Tak kan pasal tadi lagi kot.
“Sayang…”Tangan Atrisha diatas meja Asfan capai dan digenggam lembut.
“Kenapa you senyap jer.Dah tak ada cerita nak share dengan i?Macam mana ending drama favorite you tu?”Asfan cuba memancing minat Atrisha.Dia tahu yang Atrisha selalu lambat masak sebab menempel depan tv setiap jam 6.30 petang.Kalau Asfan tidak silap,tajuk cerita itu,Suami sebelah rumah.Tiba-tiba Asfan jadi geli hati.Suami sebelah rumah la,Suamiku Encik Sotong la,lepas ni Suami mu,suamiku jua agaknya.
“Hei,yang you senyum sorang-sorang ni dah kenapa?”
“Aduh..macam ketam lah you ni” Asfan mengaduh kecil,Memang perit cubitan Atrisha.Selalu juga tubuhnya jadi sasaran cubitan Atrisha jika wanita itu tidak puas hati.
“Yang you senyum sorang-sorang kenapa?”
“Tak adalah.I teringat cerita yang you selalu tengok petang-petang tu…Suami sebelah rumah kan? Haha…Tajuk dia pula la hai”
“Alah,biarlah..Asalkan jalan cerita dia best” Atrisha tetap mempertahankan pendiriannya.Ada apa dengan tajuk cerita.Jalan cerita drama itu memang bagus,Cuma tidak teperinci bagaimana dengan novel.Lagipun,dia memang suka menonton drama atau filem adaptasi dari novel.Boleh dia bayangkan bagaimana susah payah hero dan heroin bercinta,sampai akhirnya,Happy ever after.
“Jalan cerita dia best ke sebab pelakon lelaki tu favorite you?i ni lagi handsome dari izzue Islam pun you tak bersyukur lagi…” Atrisha mencebik.Tapi memang handsome pun.Kalau tidak,tak la dia cair.
“Perasan lah you ni..Izzue Islam tu favourite I sebelum I jumpa you lagi tau..”
“Eh..eh..berdosa tau lebihkan orang lain dari suami..”
“Bukan lah macam tu.. I suka tengok dia berlakon lah.Sweet aja…cerita lain pun I tengok juga..”
“Suamiku encik sotong..aduh sayang,come on la..tengok lah cerita English pula” Sekali lagi Atrisha mencebik.Susah betul kalau berkahwin dengan Mat Salih celup ni.Patut lah gaya hidup pun macam Mat Salih.Sesekali,mereka perlu lah sokong hasil keluaran anak tempatan.
“You ni kan,balik-balik cerita mat salih..Muka you dengan I,I lagi western tau…I suka tengok cerita-cerita macam tu,biarlah.Dari you asyik tengok cerita Mat Salih yang cium sana,cium sini tu…”
“Hah,you suka tengok cerita Suamiku Encik Sotongkan?Apa kata I pula jadi encik sotong…suka?” Atrisha menunjukkan muka geli geleman apabila Asfan yang berbadan sasa itu berlagak lembut.
“Sayang..buruk tau you buat camtu..”
“Haha..tak apa.Tapi you tahu kan I jantan” Terbahak-bahak tawa Atrisha melihat Asfan masih lagi buat-buat lembut.Geram betul Atrisha melihat Asfan.Rasa ingin dicium cium Asfan saat itu.Kenapa dia sayang sangat pada Asfan.Gila betul cinta itu.Sukar untuk ditafsir.Asfan lega melihat gelak tawa Atrisha.Dia mahu wanita itu terus tersenyum walau satu hari nanti jika dia ditakdirkan pergi dulu.Dia begitu cintakan Atrisha.Hidup mati Asfan hanya untuk Atrisha

No comments:
Post a Comment