Thursday, August 18, 2016

BAB 1

Senyuman Asfan meleret sehingga membuatkan Mikail pelik.Siapa agaknya yang sedang bermain di dalam fikiran Asfan.Sampai dia masuk kebilik pun Asfan tidak perasan.Tak mungkin dapat projek baru.Dia tidak pula dapat apa-apa email.
“Oi!!” Jerkahan Mikail membuatkan Asfan terkejut.Hampir sahaja handphone di tangan terlepas.Mujur dia pantas menangkap.
“Kau tak reti ketuk pintu ya?” Asfan pura pura marah.Sebenarnya dia malu.Sudah berapa lama agaknya Mikail lihat dia tersenyum sendirian.
“Yang kau tersenggeh sorang- sorang dari tadi dah kenapa bro?” Tanpa dipelawa,Mikail melabuh punggung di sofa yang tersedia di bilik Asfan sebelum Asfan menyusul duduk bersama sama Mikail.
“Nothing,Cuma teringat bini aku kat rumah”Ujar Asfan jujur.Apa agaknya ubat yang sudah Atrisha beri pada dia sampai setiap saat pasti ada sahaja wajah Atrisha muncul dimana-mana.
“Ya la tu.Entah perempuan mana kau ulit malam tadi”Sindir Mikail.Tidak percaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut Asfan.
“Sumpah lah.Aku tengah terfikir pasal Isha…”Ujar Asfan sungguh sungguh.Memang dia selalu begitu bila teringat pada Atrisha.
“Entah apa la kau gila sangat kat isteri kau tu kan?nak kata baru kahwin,dah tiga tahun dah kahwin” Mikail menggeleng.Dia tidak nafikan yang Asfan begitu cintakan Atrisha.Tetapi yang Mikail tidak faham,jika Asfan begitu gilakan Atrisha,mengapa Asfan masih simpan Marissa.Sedangkan Mikail tahu bagaimana Marissa memperlakukan Asfan sehingga temannya itu pernah frust menonggeng.
“Aku saja yang tahu apa yang hebat sangat Isha tu Mika..”Asfan tersenggeh lagi membuatkan Mikail menggeleng.Teruk betul penyakit Asfan.
“Dah tu Marissa?” Senyuman Asfan termati.Potong betul pertanyaan Mikail.
“Tak boleh ke sehari kau tak ingatkan aku pasal dia?Kau tahu kan kenapa?”
“Sebab dendam kau?”Asfan terdiam.Asfan mengangkat kening sambil menjeling sekilas kearah Mikail.
“Kau tak takut ke kalau Isha dapat tahu?” Asfan masih membisu.Tiada apa yang perlu dijelaskan.Asfan pasti Mikail sudah tahu apa jawapan dia.Jawapan dia tidak akan pernah berubah.
“Asfan Azrif,Aku tahu kau marah dengan apa yang Marissa buat pada kau.Tapi kau patut bersyukur sebab ada Atrisha.Lebih baik kau clearkan pasal kau dengan Rissa sebelum isteri kau dapat tahu…Kecuali la kalau kau masih cintakan Rissa” Asfan tersenyum kelat.Mana mungkin dia masih cintakan Marissa.Dia Cuma mahu Marissa rasa tersiksa.Biar Marissa rasa bagaimana menjadi kekasih simpanan.Sebelum bertemu Atrisha memang dia begitu gilakan Marissa.Dua kali dia beri peluang pada Marissa.Tapi memang dasar perempuan jalang.Tidak cukup dengan seorang lelaki.Dia diperlakukan seperti orang bodoh.Asfan pun tidak tahu mengapa dia jadi begitu mudah memaafkan Marissa dahulu.
“Kau jangan risau Mika.Aku tengah cuba nak tinggalkan apa yang patut aku tinggalkan.Cinta aku ni,Cuma untuk Isha jer…Yang lain boleh share tapi hati aku untuk isteri aku jer..”Ujar Asfan beseloroh.Mikail ketawa sambal menggeleng.Tak guna dia nasihatkan Asfan.Sahabat dia itu bukan makan saman.Cakaplah apa sahaja,jika putih kata Asfan,putih lah jadinya.Tidak akan berubah.Biarlah.Mungkin Asfan tahu apa yang dia lakukan.Hendak nasihat lebih-lebih,dia pun bukan betul sangat.Mikail sendiri rasa geli hati pula.
“Macam macam la kau ni..Aku keluar dulu.Ada meeting dekat Tropicana.Aku terus balik.Ada date dengan Maya” Dahi Asfan bekerut.Bila pula Mikail rapat dengan Maya,bekas teman tapi mesranya.
“Wei,Maya sadeli?tu bukan”
“Kata BFF…bukan Marissa pun kau share dengan aku ke?”Belum sempat Asfan menghabis kata-kata,Mikail sudah memotong.
“Nama kau dengan perangai kau,memang tak sesuai la Mika…”
“Sebab tu aku tak kasi orang panggil nama penuh aku faham…”Kedua lelaki itu ketawa berdekah. Memang sejak dahulu lagi,Mikail dan Asfan sering bertukar kekasih.Mereka sering berlumba lumba mendapatkan wanita paling ‘hot’.Asfan ada sebab mengapa dia jadi begitu.Cuma Atrisha sahaja yang dia tidak dapat dengan mudah.Mahu sentuh sikit pun tidak merasa.Memang susah untuk dia dapatkan Atrisha.Kerana itu dia benar benar gilakan wanita itu.Asfan menjeling jam tangannya yang sudah menunjukkan jam tiga petang.Hari itu dia lewat masuk ke pejabat.Itu bermakna dia akan lewat pulang.Banyak kertas kerja yang perlu dia semak.
“Trut..trut….”Asfan membiarkan talifon bimbitnya bedering.Dia tahu siapa yang akan menghubungi dia pada waktu waktu begitu.Atrisha tidak mungkin.Dia tahu waktu itu Atrisha ke pusat gymnasium.Tadi Atrisha sudah tinggalkan pesanan di whatapp.Seketika kemudian,pintu biliknya diketuk bertubi.Asfan mengeluh sebelum memberi kebenaran untuk masuk.
“Ada apa you datang ni?” Soal Asfan keras.Kurang senang dengan kehadiran Marissa dipejabatnya.
“You dah dua minggu tak jenguk I tahu Afan?”Adu Marissa separuh kecewa.
“I busy”Pendek jawapan Asfan sebelum meneruskan kerja .Sedikitpun dia tidak menoleh kepada Marissa yang sudah berdiri disisi mejanya.
“Busy dengan wife you?”
“Kalau I busy dengan wife I pun kenapa?dia isteri i.”Jawab Asfan acuh tidak acuh.
“Then i?”Marissa menarik file yang sedang dibelek Asfan menyebabkan lelaki itu sedikit berang.Namun cepat cepat Asfan menyabarkan diri.Dia tidak mahu pekerja diluar terdengar pertengkaran antara dia dan Marissa.Kedua bahu Marissa dipegang,meminta wanita itu berdiri menghadap dia.
“You kena sedar siapa you pada i. Sekarang ni I tengah busy.I tak ada masa nak ketempat you.”
“You nak kata I ni just you mistress”
“I tak paksa you.You yang tak nak lepaskan i.You tahukan I dah kahwin?”
“I boleh jadi second wife you kan?Atrisha mesti faham.Lagipun dia yang ambil you dari I”
“Dia tak pernah ambil I dari you.You yang curang dengan i.Atrisha yang ubat luka hati I faham” Marissa mendengus.Kalau bukan kerana Atrisha tiba-tiba muncul dalam hidup Asfan,sudah pasti dia yang menjadi isteri Asfan.Dia tahu,dia masih ada dalam hati Asfan.
“Kalau you cintakan dia,kenapa you masih simpan i?” Soal Marissa inginkan kepastian.
“I dah cakap,you yang paksa i…you ugut nak bunuh diri la.You yang sanggup.You kena ingat.Kalau Atrisha dapat tahu pasal kita.You tak kan dapat jumpa I lagi faham”Ugut Asfan.Dia tahu,Marissa tidak akan berani kerana dia pernah benar benar menghilangkan diri dari hidup Marissa kerana Marissa cuba cuba menganggu Atrisha.
“Tapi you kena janji,you mst kena datang tempat I” Asfan menarik lengannya yang dipegang Marissa.Dia tidak selesa Marissa datang ke tempat kerjanya.
“Ya la,nanti I datang la.Tapi I tak janji bila.You jangan nak call i.Tunggu I yang call you”Pesan Asfan dengan nada keras.Jika dilayan nanti,makin menjadi-jadi pula perangai Marissa.
“Okay sayang..”Asfan rimas apabila Marissa memeluk pinggangnya.Dia cuba meleraikan pelukkan Marissa namun,di tepis dipinggang,Marissa beralih pula ke bahunya.Isteri dia pun tidak begitu.
“Apa kata you balik dulu,staff I Nampak nanti,tak elok”
“I miss you so much Afan.You tak faham ke?”Marissa sempat mengucup pipi Asfan menjadikan Afan semakin rimas.Merah padam wajah Asfan diperlakukan sebegitu oleh Marissa.Jika diluar,dia tidak kisah sangat.Ini di pejabat.Asfan tidak selesa.
“Kalau ya pun bukan kat sini faham..”Suara Asfan sedikit keras.Mengingatkan Marissa yang mereka kini berada di pejabat Asfan.Jika pekerja dia terlihat,apa kata mereka nanti.Asfan memang sangat menjaga statusnya sebagai pengarah urusan di syarikat itu,apatah lagi semua pekerja tahu bahawa dia suami orang.Jika Marissa kerap ke pejabat,lambat laun Atrisha juga pasti akan dapat tahu.Jika Atrisha tahu,masak Asfan hendak menjawab.Atrisha jika merajuk bukan boleh disogok dengan harta benda.
“Okay,okay…I tunggu you di tempat i..”
“Habis kerja I ke tempat you”
“Betul ni?”Marissa merenung manja,inginkan kepastian.
“Ialah,tapi tak boleh lama. Before 12 I should go”
“Apa sahaja,asal you datang..” Dikucup pipi Asfan sebelum beredar dari bilik Asfan.Marissa tahu Asfan pasti akan mengalah.Dia yakin lelaki itu masih cintakan dia.Buktinya,Asfan akan ke tempat dia selepas waktu pejabat nanti,bukan pulang bertemu Atrisha.
“Ishhhhh,menyusahkan betul perempuan ni” Asfan merungut sendirian.Silap dia juga kerana terus menerus melayan Marissa.Ah,layan atau tidak,Marissa umpama bayangan hitam hidup dia.Marissa tidak akan pernah melepaskan dia.

******************

“You dari mana?” Asfan tersentak apabila ditegur Atrisha.Wanita itu tidak berganjak dari sofa.Berbaring sambil kaki melunjur di bahu sofa. Cantik,walau berbaju tidur.
“I jumpa kawan-kawan lama I tadi” Bohong Asfan.Mustahil untuk dia beritahu yang dia bersama Marissa.Ditoleh jam tangan.Pukul dua pagi.Patutpun Atrisha menyeringa.Sudah dua malam dia pulang lewat.
“Kawan lama?”Atrisha bangun sambil mendepa tangan ke penyandar sofa.Mata bundarnya merenung Asfan tajam.Entah mengapa dia seperti tidak percaya dengan kata-kata Asfan.Tadi,Katrina talifon mengatakan,dia teserempak dengan Asfan di Lobi Kondonya.Tetapi Katrina tidak pasti Asfan bertemu siapa.Dia tidak berani berteka teki.Oleh yang demikian,dia segera bertanya sendiri.Mana tahu Asfan atau Atrisha punya kenalan lain disana.
“Kawan satu universiti dengan I dulu.You tak kenal”
“Tapi kenapa I rasa you macam tipu I jer Afan..You jumpa kawan you kat mana?” Asfan seperti merasakan ada yang tidak kena.Mengapa begitu banyak soalan yang keluar dari mulut Atrisha.Sudah lama Atrisha tidak begitu.
“usual place,Publika…”
“Then,kenapa Rina Nampak you di Kondo dia?” Asfan rasa seperti jantungnya diregut.Sejak bila pula Katrina sahabat Atrisha tinggal di kondo yang sama dengan Marissa.Sudah bertahun Marissa tinggal disitu.Tidak pernah pula dia teserempak dengan Katrina.Mati Asfan jika tersilap kata.
“Kenapa diam?”
“Err,lepas ke Publika kami lepak di Kondo one of them,itu yang I balik lambat” Dalih Asfan.Dia berharap Atrisha percaya.Jika tidak,teruk dia dikerjakan Atrisha.Atrisha bangun dan menghampiri suaminya yang masih berdiri di tepi tangga.Atrisha menghidu kemeja yang dipakai Asfan sebelum menghela nafas panjang.
“You minum ya?” Lambat lambat Asfan mengangguk.Wajah Atrisha sedikit kecewa.Asfan sudah berjanji tidak akan minum lagi.
“Sorry sayang,sorry..kawan kawan I pelawa I,tak akan I nak tolak..Lagipun I tak mabuk kan?i okay,boleh drive balik…” Baru hendak di capai tangan Atrisha,Atrisha sudah membelakangi dia sambil memeluk tubuh.
“I tak tahu sampai bila you nak macam ni.Syukurlah Allah belum beri kita rezeki untuk ada anak”Atrisha menekan suara sedikit agar jelas dipendengaran Asfan.Hati Atrisha tiba tiba terasa sakit.
“Kenapa you cakap macam ni Isha?salah I kita masih tak ada zuriat lagi?” Asfan sedikit tersentap dengan kata kata Atrisha.Kenapa perlu mengungkit sikapnya dengan rezeki yang belum Allah nak beri.Bukan mereka tidak pernah ikhtiar,bukan dia yang tidak mahu anak.Masih ramai yang sudah bertahun tahun berkahwin dan masih tidak punya anak.Lagipun jika tiada punya zuriat sendiri,kasih sayang dia pada Atrisha tidak mungkin hilang.Dia cintakan wanita itu seadanya.Kenapa tidak Atrisha.Bukan Atrisha tidak kenal dia siapa.
“I tak ada mood nak cakap dengan you.You dah balik,I nak tidur.Letih jadi security tak berbayar ni.” Asfan meraup wajah dengan kedua belah tangan sambil mengeluh.Atrisha jika dibiarkan merajuk,boleh sampai seminggu.Lagipun memang salah dia.Kebiasaan jika dia mabuk,dia tidak akan pulang begitu.Dia akan hilangkan segala bukti agar Atrisha tidak perasan yang dia minum.Tapi malam itu,dia memang tergesa gesa ingin pulang kerana dia tidak memaklumkan pada Atrisha yang dia pulang lewat.Dia sudah tiada selera hendak bersama Marissa,disebabkan itu dia sengaja memabukkan diri.Baik dia mandi dulu,kemudian baru dia fikir bagaimana hendak memujuk Atrisha.
Sesudah membersihkan diri,Asfan mengenakan seluar pendek kegemaran dia yang sudah Atrisha sediakan diatas sofa.Tanpa baju,lelaki itu membelek tubuh sasanya dihadapan cermin.Nampaknya dia perlu kembali ke gymnasium,ada bahagian tubuh yang masih dirasakan tidak memuaskan hati.Sudah lama Asfan tidak ‘Work out’ kerana sering sibuk di pejabat.Sebelum ini dia sering ke gymnasium bersama Atrisha untuk bersenam.Asfan menoleh ke katil sambal merenung setiap inci tubuh Atrisha yang hanya dibaluti baju tidur pink.
“You memang cantik sayang,I love you so much” Bisik Asfan sambil menyelimutkan tubuh Atrisha.Penghawa dingin dinaikkan sedikit agar isterinya selesa.Kemudian,lelaki itu berlalu keberanda luar bilik kondo mereka.Dingin angin malam tidak sedikit pun menjejaskan tubuhnya yang hanya berseluar pendek.Dibiarkan angin malam itu menerpa wajahnya.Asfan terasa nyaman disitu.Asfan bukan tiada perasaan bersalah pada Atisha tetapi sukar untuk dia tinggalkan apa yang telah dia mulakan.Semua kerana Marissa.Untuk seketika Asfan membiarkan fikiran dia melayang jauh.Teringat kembali kejadian yang membuatkan rasa cinta dia pada Marissa lenyap begitu sahaja.Peluang yang dia beri pada Marissa disalah guna.Dia yang bodoh.
“Hai sayang,you kat mana?” Hati Asfan berbunga bunga ingin bertemu buah hati pengerang jantungnya. “I, I dirumah…kenapa?”
“Just asking,I tak dapat datang your place.Ada meeting di Shah Alam”Bohong Asfan.Yang sebenarnya,dia dalam perjalanan ke Kondominium Marissa.Sengaja mahu memberi kejutan pada wanita itu.Pagi tadi,Marissa beritahu dia tidak bekerja kerana kurang sihat.Lantas,asfan terus sahaja batalkan semua mesyuarat dan temujanji untuk hari itu kerana mahu menemani Marissa.
“Jadi you tak datang”Terdengar suara separuh kecewa Marissa bergema dari corong talifon makin membuatkan Asfan makin yakin yang Marissa pasti kecewa jika dia tidak datang.
“I will go to your place as usual.Love you…”Sebaik menghabiskan kata katanya,Asfan terus mematikan talian.Sungguh dia tidak sabar bertemu Marissa. Dari sekolah hingga menuntut di luar Negara,Marissa sahaja kekasih hatinya.Cuma sejak Marissa buat perangai dia sedikit tawar hati.Dia juga sudah mula simpan wanita lain diluar pengetahuan Marissa.Tapi dia Cuma sayang pada Marissa.Susah untuk dia lupakan wanita itu.Hanya Marissa yang tahu melayan dia.Pakaian yang bagaimana yang sedang Marissa pakai.Asfan tersenggeh.Marissa memang menggiurkan.Asfan menjeling jambangan bunga yang baru dibeli tadi buat Marissa.Tentu Marissa suka kerana bunga lili adalah kegemaran Marissa.Kerana terlalu asyik menggelamun,hampir saja Asfan terlepas simpang.Nasib sempat,jika tidak,jauh juga dia perlu membuat pusingan U.Seperti biasa,Asfan memarkir kereta disebelah kereta mini cooper putih milik Marissa.Asfan segera memperkemaskan diri,dia mahu sentiasa kelihatan tampan dimata Marissa.Sewaktu meraba minyak wangi di dalam Dashboard,Asfan terpandang dua keping tiket menonton konsert Neyo di Sunway Lagoon malam Khamis minggu hadapan.Susah payah dia mendapatkan tiket VVIP dari pihak penganjur yang juga teman sealiran dia.Mahu ke agaknya Atrisha menjadi teman dia malam itu.Dari info yang Asfan tahu,Atrisha memang menggilai lagu lagu artis antarabangsa itu.Asfan pasti Atrisha akan bersetuju untuk keluar dengan dia.Liat betul wanita yang satu ini.Jika bukan kerana Dorine,sampai kiamat pun dia tidak dapat nombor talifon Atrisha.itu pun jual mahal.dia mesej hari ini,lusa atau tulat baru wanita itu balas.Nasib cantik lagi dari Maya Karin.Kalau tak,tak ingin dia mengorat.Asfan menggeleng,kesitu pula dia.Dua keping tiket itu diletakkan semula sebelum dia mencapai jambangan bunga buat Marissa sebelum beredar dari tempat parkir.Dia mahu tengok reaksi Marissa.Pasti wanita itu terkejut kali ini.
“Alamak,mana kunci rumah ni?”Asfan menyeluk saku seluar slack yang dipakai.Mana agaknya dia tercicir.Mungkin didalam kereta.Hendak turun semula Asfan malas.
“Tekan sahajalah loceng”Getus hati kecil Asfan.Hampir lima minit juga Asfan terpaksa menanti Marissa membuka pintu.Marissa benar benar tidak laratkah?bimbang juga Asfan.Baru Asfan ingin mendail nombor talifon Marissa,pintu terkuak.Wajah Marissa sedikit kusut tetapi tidak dihiraukan oleh Asfan.
“Afan,kenapa tak bagitahu nak datang?”Dahi Asfan bekerut.Tidak pernah pernah Marissa soal dia begitu.Rumah Marissa sudah seperti rumah dia juga.Perlu ke dia beritahu Marissa kalau dia hendak datang.Lagipun tujuan dia mahu beri kejutan pada Marissa.
“I nak bagi surprise kat you”
“Oh,thanks…you kata I ada meeting?”
“I cancel semua sebab nak temankan you.You okay sayang?” Asfan meletakkan tangan di dahi Marissa.Biasa,tidak panas pula.
“I okay jer.Buat susah you jer sayang,jom kita masuk bilik”Asfan hanya menurut apabila tangan dia ditarik Marissa kebilik.
“Kejap..kejap…ada sesiapa datang rumah ke sebelum i?”Asfan berhenti melangkah apabila matanya tertancap pada sepasang kasut lelaki di bawah almari kasut.Kelihatannya,kasut itu seperti tergesa gesa disorokkan.Wajah Marissa direnung tajam.Dia inginkan kepastian.
“Mana ada,mana ada orang pernah datang sini selain you” Jawab Marissa tergagap.Wajahnya pucat lesi ditenung Asfan begitu.Bukan dia tidak tahu bagaimana jika Asfan naik angin.
“Kasut tu siapa punya”Asfan menolak tubuh Marissa keras sambil menunjuk kearah kasut lelaki di bawah almari.Dan tiba tiba,muncul seorang lelaki tergesa gesa keluar dari dapur.Dengan pantas Asfan menyambar lengan lelaki asing itu menyebabkan kedua mereka tersungkur.Asfan segera mencapai baju Jackie sebaik lelaki itu ingin bangun membuatkan mereka kembali terduduk.
“Sial kau Jackie!!”Jerkah Asfan seraya melepaskan tumbukan ke muka Jackie.Jackie orang kepercayaan Asfan.Patutlah Jackie sering tiada dipejabat,rupa rupanya kesitu.Tidak sangka Asfan Jackie sanggup menikam dia dari belakang.Ramai-ramai perempuan mengapa kekasih dia juga yang Jackie pilih.
“Sudah lah Afan..sudah…!!”Asfan tidak mengendahkan jeritan Marissa disebabkan hati dia benar benar sakit.Marissa takut ada yang terbunuh jika dibiarkan terus.Dia kenal sangat dengan Asfan.Ditarik bahu Asfan tapi hampir hampir sahaja tangan Asfan hinggap ke muka dia.Jika tidak,pasti pengsan dia ditampar asfan.Asfan menolak tubuh Jackie yang sudah lembik ke dinding.Lelaki itu langsung tidak dapat melawan kerana tenaga Asfan lebih kuat dari dia dan lebih lebih lagi Asfan memang handal berlawan.
“Listen me Tengku Puteri Marissa,You cheated on me twice…No more…no more…Dasar tak pernah cukup dengan seorang lelaki”
“Sayang,listen me…Apa yang you Nampak tu bukan apa yang sebenarnya.Dia datang sebab nak tolong betulkan aircond i..”Penjelasan Marissa membuatkan Asfan ketawa kecil.
“You ingat I bodoh…hei,I lebih kenal Jackie ni dari you.Apa yang dia tahu pasal aircond?dia betulkan aircond ke,betulkan you”Ujar Asfan sambil kakinya menyepak Jackie.Dia masih tidak puas hati.
“Bos,sorry…Cik Marissa yang suruh I datang sini”
“Diam kau.Selama ni aku percayakan kau…Marissa,kita break up and no more chance.You hanya layak jadi perempuan simpanan I saja”
“Apa you cakap?serendah tu you letakkan i?”
“Bukan itu jer layak untuk you?i beri you peluang,tengok apa yang you buat?”Bentak Asfan.Menyampah pula dia lihat wajah tidak bersalah Marissa.
“You buat tak apa?”Asfan tersenggeh.Dia tahu Marissa cuba memanupulasi kata kata.
“I buat apa?you lupa I jadi macam tu kenapa?sebab you,sebab mama I,sebab semua perempuan sama…CHEAP!”
“Ni sebab Atrisha kan?You dah dapat dia?”Asfan mengetap bibir.Mana Marissa tahu pasal Atrisha.Wanita itu tiada kena mengena dengan hal mereka.
“You jangan nak alihkan topik.Atrisha tiada kena mengena…Tapi you sendiri rasa dia jauh lebih sesuai untuk I dari you kan?”Melihat Asfan masih belum reda,Marissa bertindak untuk mengalah.Kebiasaannya Asfan akan lemah bila melihat air matanya.
“Afan, I minta maaf..i janji dengan you I akan berubah.Tolong bagi peluang pada i…”Asfan menolak tubuh Marissa yang melekap di tubuhnya.Asfan jijik.
“You tahu tak,I lebih rela bersama pelacur dari bersama dengan you…I jijik…I tak kan terima you lagi…tak akan…You layak jadi perempuan simpanan sahaja…”Asfan terus beredar sebaik menghabiskan kata katanya.Dia nekad untuk tidak beri peluang kepada Marissa.Asfan agak pelik kerana dia tidak merasa sangat kecewa seperti kali pertama Marissa tertangkap oleh dia.Cuma yang Asfan sakit hati,kenapa Jackie.Budak pejabat dia sahaja.Kalau dia cari wanita untuk bermain main sekali pun,bukan sebarangan perempuan.Murah betul harga diri Marissa.Mungkin Marissa bukan untuk dia.Jika dia berkahwin dengan Marissa dan jika mereka dikurniakan zuriat nanti,pasti dia ragu ragu adakah bayi yang dikandung Marissa adalah benih dari dia.Kenapa selama ini dia buta.Dia cintakan Marissa atau nafsu semata mata.Memang dari sekolah dia dan Marissa sudah melakukan hubungan terlarang.Malah,Marissa yang menghanyutkan dia dalam dunia yang mereka cipta.Hingga kini,Asfan tidak menoleh langsung kebelakang.Dia seronok begitu.hidup dia makin jauh dari agama apabila arwah nenek meninggal.Asfan seperti layang layang terputus tali.Nasib Asfan baik kerana nenek tinggalkan harta untuk dia dan dua adiknya.Tetapi kerana harta yang tidak pernah luak itu buat Asfan makin alpa.Bebas untuk buat apa sahaja.Cuma dia begitu tegas terhadap dua adik perempuannya kerana dia tidak mahu adik-adiknya mengikut jejak dia.Biarlah dia sahaja yang begitu.
“Trut trut….” Lamunan Asfan terhenti apabila terdengar talifon bimbitnya berlagu minta diangkat. Waktu diskrin talifon menunjukkan jam empat pagi.Asfan mematikan talifon.Jika Atrisha terdengar,masak dia hendak menjawab.Tubuh Atrisha begerak gerak apabila Asfan naik ke katil.Mungkin wanita itu rasa terganggu.Diusap lembut rambut Atrisha sebelum dikucup lembut.Asfan tidak akan menyentuh Atrisha jika dia bersama wanita lain sebelumnya.Dia tahu Atrisha cukup baik buat dia tetapi ada satu perasaan yang menghalang dia untuk berubah.Adakah hatinya telah hitam.Ah,mungkin belum sampai waktu untuk dia bertaubat.Dia masih muda.Masih banyak waktu.

**************
“Morning sayang”Atrisha tidak menyambut sapaan Asfan.senyuman pun tiada.Tidak seperti selalu.
“Marah pada I lagi?”Masih sunyi sepi.Asfan mendengus.Ternyata,rajuk Atrisha masih berbaki.Atrisha tidak mengendahkan renungan Asfan.Dia pura pura tidak nampak Asfan yang masih duduk di birai katil sambil memerhatikan tingkah lakunya.
“Sha,I ambil cuti hari ni ya?kita keluar”Asfan berharap Atrisha termakan ajakannya walaupun dia tahu Atrisha bukan seorang yang suka keluar rumah.Kalau cuti pun,kebiasaannya mereka berdua akan teperap di dalam rumah.
“Teha nak datang petang ni”Pendek jawapan Atrisha sebelum berlalu ke bilik mandi.Dahi Asfan bekerut.Kenapa Fateha tidak beritahu mahu datang kerumah mereka.
“I tak tahu pun?”
“Dah dua hari dia call you tak dapat,dekat office memanjang tak ada” Suara Atrisha samar samar pada pendengaran Asfan kerana Atrisha di dalam bilik mandi dengan pintu tertutup.
“Dia tidur sini?” Soal Asfan sedikit terjerit.
“Kan sem break dah mula.Mana dia nak pergi lagi”Asfan menghela nafas panjang.Kenapa dia terlepas pandang tentang Fateha.Mujur ada Atrisha yang sering ambil berat tentang adik bongsunya itu.Setiap cuti semester,Fateha akan pulang ke Kondominium dia dan Atrisha.Jarang sekali Asfan membenarkan Fateha mengikut kawan-kawan Kolej adiknya itu bercuti,lagi lagi jika bercampur lelaki dan perempuan.Ada juga sekali dua Fateha memberontak dan merajuk sehingga tidak mahu pulang ke kodominium dia dan Atrisha tetapi siapa lagi yang Fateha ada.Hendak pulang ke rumah Mama,Asfan memang tidak pernah izinkan.Lagi- lagi selepas peristiwa Fariza hampir dirogol bapa tiri mereka enam tahun lalu.Sejak itu,mereka adik beradik tidak pernah bertemu dengan Mama.Asfan memang tidak akan ambil tahu tentang Mama.Bagi Asfan,dia tidak pernah punya Mama.Mama penyebab mereka tiga beradik jadi yatim piatu.Mereka hilang Papa.Papa sakit kerana Mama.Papa pergi meninggalkan mereka juga kerana menderita,kecewa kerana Mama lari mengikut lelaki lain yang juga sahabat Papa.Habis segala peniagaan Papa bankrup disebabkan Papa tiada ambil tahu lagi tentang perniagaannya kerana kecewa teruk.Bagi Papa,Mama la segala galanya.Papa meninggal kerana kesihatan yang terjejas teruk.Berbulan bulan Papa tidak mahu makan dan minum.Begitu Papa derita kerana cinta.Asfan masih ingat dan tidak pernah akan lupa detik hitam itu.Waktu itu dia baru pulang dari sekolah bersama sama Papa.Sampai dirumah,mereka lihat Fariza dan Fateha bermain sendirian diruang tamu.Mugkin Mama sedang sibuk mengemas barang barang mereka kerana hari itu mereka akan ke Singapura untuk bercuti dengan nenek.Tetapi apa segalanya hancur bila Mama tertangkap dengan Uncle Rosman,sahabat baik Papa sedang melakukan perbuatan terkutuk di katil Papa dan Mama.Semua itu berlaku dihadapan mata dia.Mana mungkin Asfan lupa.Mama tanpa rasa bersalah,mengikut Uncle Rosman dan meninggalkan mereka begitu sahaja.Asfan tidak tahu dimana hilang kasih sayang Mama selama ini.Asfan benci.Benci! Benci dengan PEREMPUAN sebelum dia bertemu Atrisha.
“Afan..Afan…”Atrisha mengoncang tubuh Asfan lembut.Dia terkejut melihat air mata Asfan menitis.Apakah Asfan sedang berfikir tentang keluarganya.Atrisha pelik,sejak akhir-akhir ini,Asfan selalu termenung.Perasan bersalah menyelubungi diri Atrisha.Rasa berdosa kerana tidak mengendahkan Asfan.Dikesat air mata di pipi mulus suaminya dengan jari.
“You menyesal tak kahwin dengan i?” Kedua tangan Atrisha digenggam sebelum dikucup lama.
“Kenapa you cakap macam tu?”
“You tak jawab lagi soalan I sha”Atrisha melabuhkan punggung di sebelah Asfan sebelum memeluk tubuh suaminya erat.
“Demi Allah,you lah satu satu nya lelaki yang I cinta.I tak pernah menyesal terima you jadi suami i.Siapa pun you I terima”
“Macam mana kalau ingatan you pulih semula dan you tak ingat I lagi?You tahu tak I tak boleh hidup tanpa you” Hati Asfan bertambah sebak bila mengingati itu semua.Mungkinkah Atrisha akan ingat semula.Asfan pernah diberitahu Ummi yang Atrisha punya kekasih sebelum kemalangan.Atrisha begitu cintakan lelaki itu sepenuh hati.Ummi sudah ingatkan pekara tersebut sebelum dia melamar Atrisha.
“I tak perlu ingat kisah silam i..Mungkin Allah tak mahu I ingat lagi,kerana itu Allah kirimkan you untuk I”
“Biar I mati dulu kalau you nak ingat pun Isha..”Atrisha terkedu.Kenapa tiba tiba Asfan menyebut perkataan ‘Mati’.Asfan benar benar terasa hati dengan dia ke?
“You jangan cakap macam tu boleh?You tak kesian dengan I ke?” Soal Atrisha sambil mengusap rambut Asfan.Dia terus lupa akan rajuknya.
“Sayang,I minta maaf pasal semalam.I cuba tak minum lagi.Tapi you tahu kan,dah bertahun.Dari sekolah lagi I dah minum.Susah I nak tinggalkan”Ujar Asfan terus terang.
“Habis,perempuan?pun bertahun tahun juga”Asfan tersentak.mencari kata untuk teruskan bicara.Silap kata,mahu rahsia dia terbongkar.
“I dah ada perempuan yang seorang ni kat rumah,cukup lah.I tak larat…You sahaja dah macam I ada sepuluh perempuan tau”Kata kata Asfan membuatkan pipi putih bersih Atrisha merona merah.Asfan sengaja mengusiknya.
“Sha,cinta dan sayang I hanya untuk you seorang sahaja tau..You dah cukup cantik,baik.You jaga I perfect”Puji Asfan sambil mengusap lembut jari jemari Atrisha.
“Cuma I belum boleh beri you baby lagi kan?”pintas Atrisha.Asfan menggaru garu kepala yang tidak gatal.
“Hei sayang,look at me.I never care about baby.Orang kat luar sana pun,ramai dah bertahun tahun kahwin tapi masih tak ada anak…chill okay,belum sampai rezeki kita”Dahi Atrisha dikucup lembut.Asfan tidak mahu Atrisha tertekan dengan pekara-pekara begitu.Anak itu rezeki.Rezeki itu rahsia Allah.Tiada siapa yang boleh mempersoalkan tentang itu.
“Nanti you cari lain”
“Don’t worry,kalau ada lain pun you tetap nombor satu…”Ujar Asfan berseloroh.
“What,its mean you have other?”
“Hahahaha….tak ada ala…aduh…sakit la sayang…aduh”Terlompat lompat Asfan apabila pehanya yang tidak beralas dicubit Asfan.Tubuh Atrisha dirangkul ke dalam dakapannya erat.
“You tahu tak sayang,I tak boleh hidup tanpa you tahu…I gonna miss you every second” Atrisha menggelak dari bertentang mata dengan Asfan.Tenungan Asfan bisa membuatkan hati perempuannya cair.Patut pun ramai perempuan yang kalah dengan Asfan.
“You nak goda I ya”Duga Atrisha manja.
“You rasa I nak goda you?ke you yang tergoda dengan i?”Asfan terus menerus mengusik Atrisha kerana dia tahu isterinya memang pemalu.Merah padam wajah Atrisha bila diusik Asfan.
“You guna ayat sama untuk tackle semua perempuan ya?”Asfan menggeleng.
“Diorang I terjah jer,tapi isteri I lain..Dengan Queen mesti I kena behave…”Atrisha ketawa kecil.Dia langsung tidak terasa dengan kata kata Asfan kerana dia mengerti apa yang cuba dimaksudkan suaminya.
“I tak percaya la” Kata Atrisha sekadar menduga.
“Tak percaya?”Atrisha tejerit kecil apabila tiba tiba Asfan mengendongnya.Kadang kala perbuatan Asfan memang tidak dijangka.

No comments:

Post a Comment