Thursday, August 18, 2016

PROLOG

“Kringg…” Deringan penggera talifon tidak dihiraukan Asfan yang masih lena.Lelaki itu langsung tidak rasa terganggu dengan deringan alarm yang memekakan telinga.Atrisha menggeleng,entah pukul berapa agaknya Asfan pulang malam tadi Dia sendiri tidak sedar.Asfan memang sering pulang lewat kerana itu Atrisha tidak tunggu.Entah dengan siapa suami berteman semalam.Atrisha sudah malas hendak fikir.Atrisha bingkas bangun mencari talifon bimbit Asfan untuk mematikan Alarm dihandphone . "Kunci jam,tapi tak pernah nak bangun"Getus hati kecil Atrisha.Dia lantas turun dari katil dan menuju kesofa. "Nak senang saja lah dia ni"Rungut Atrisha menggeleng.Sudah berapa kali Atrisha pesan pada Asfan supaya jangan letak pakaian kotor merata-rata. Pakaian Asfan yang bersepah di atas sofa,Atrisha kutip sebelum dihidu satu persatu.Tiada bau minuman keras,itu bermakna Asfan tidak ke kelab. Asfan sudah berjanji tidak minum minuman keras,tidak berfoya dan tidak akan ke kelab lagi.Namun,jauh disudut hati Atrisha masih ada perasaan ragu-ragu pada Asfan. Bukan dia tidak kenal dengan Asfan,Kaki perempuan,Kaki minum,Kaki mabuk.Cepat-cepat Atrisha mematikan lamunan sebelum makin jauh pemikiran dia.Tidak baik dia buruk sangka dengan suami sendiri.Sudah tiga tahun mereka bersama.Setakat ini,Atrisha tidak pernah lihat Asfan mengabaikan dia.Cuma lelaki itu jarang ada waktu di rumah disebabkan sibuk menguruskan perniagaan pengurusan acara milik Asfan dan sahabatnya Mikail yang baru berusia setahun jagung.Itu pengorbanan yang mereka perlu bayar untuk hidup selesa.Atrisha mengerti bahawa Asfan tidak biasa lihat dia hidup serba kekurangan.Itu kelebihan suami tercinta Atrisha.Apa yang keluar dari mulut Atrisha pasti Asfan adakan. “Assalamualaikum” Atrisha tersentak dari lamunan.Perlahan salam Asfan dijawab.Tubuh Atrisha dirangkul dari belakang.Kusyuk betul Atrisha hingga tidak sedar dia sudah terjaga dari tidur. “Waalaikumusalam” “Jauh menung,fikir pasal madu you ke?” Usikan Asfan dibalas dengan cubitan.Asfan mengaduh sambil mengosok peha yang dicubit Atrisha. “Macam ketam.Yang you dok belek baju I dari tadi kenapa?nak spotcheck?”Soal Asfan menyindir.Dia pasti Atrisha tidak akan jumpa apa-apa bukti kerana semua sudah dia hapuskan sebelum pulang. “Kenapa,you takut kantoi?” Duga Atrisha. “Sorry..i nak takut kenapa pulak?i tak buat apa pun.I jumpa client kan malam tadi?i ajak you tak nak. You tak takut ke I sangkut dengan pengurus lama you tu” Dahi Atrisha bekerut,sedang berfikir siapa yang dimaksudkan Asfan. “Dorine?”Terpacul nama yang sudah lama tidak meniti dibibir mugilnya itu.Kenapa pulak Dorine berjumpa dengan Asfan?Ada urusan apa lagi Asfan dengan syarikat yang menguruskan dia dahulu. “Ya la.You tahu kan dia syok kat I macam mana?”Atrisha sedikit cemburu bila teringat kembali apa yang telah Dorine buat pada Asfan dihadapan dia.Oleh kerana itu,Atrisha berhenti dari syarikat peragaan yang pernah menjaga karier Atrisha sebelum dia berkahwin dengan Asfan tiga tahun lepas. “Dia buat apa jumpa you?” “Company yang you kerja dulu ambil syarikat kita untuk arrange event fashion show.I tak tau pulak sekarang Dorine dah jadi projek manager.So,I should be professional la sayang.Dont worry,I tepis tepis kalau dia try nak goda I okay?” Terang Asfan.Kebiasaannya dia tidak pernah becerita soal kerja dengan Atrisha.Dia cukup jaga apa yang dia lakukan diluar agar tidak tertangkap oleh Atrisha.Dia cintakan Atrisha.Namun ada tabiat yang sukar untuk dikikis oleh Asfan.Bukan dia tidak cuba tetapi hakikatnya itu la dia.Ubun ubun Atrisha dikucup lembut sebelum berlalu ke bilik mandi.Dia sudah lewat untuk kepejabat.Ada mesyuarat yang perlu dia hadiri tengahari nanti. Atrisha kembali termenung.Entah kenapa hati dia terasa bagai ada tidak kena.Ubat di atas meja direnung lama.Sudah tiga minggu dia tidak mengambil ubat yang dibekal doktor untuk dia.Atrisha sudah tidak mahu bergantung dengan ubat.Sudah bertahun dia makan ubat yang dibekalkan doktor,tapi ingatan dia masih sama.Dia masih juga tidak ingat sebahagian sejarah hidupnya yang telah hilang.Dia Cuma ingat siapa dia dan keluarganya,selebihnya Atrisha tidak bisa ingat hingga kini.Bila dia paksa diri untuk mengingati sesuatu,pasti kepala akan terasa sangat sakit.Nasib Atrisha sangat baik kerana Asfan sentiasa ada bila dia perlukan lelaki itu.Asfan sentiasa memberi sokongan moral walau Atrisha tahu,Asfan kadang kala takut jika Atrisha teringat sesiapa yang istimewa yang pernah singgah dalam hidup Atrisha sebelumnya,lantas Atrisha akan tinggalkan dia.Tapi mana mungkin.Hanya Asfan sahaja yang bertahta dihati Atrisha.Tiada yang lain. Ummi pula lebih suka jika Atrisha tidak ingat kisah hidup dia sebelum kemalangan yang hampir-hampir meragut nyawa Atrisha.Kata Ummi,sejarah biarkan menjadi sejarah.Hari esok dan seterusnya mungkin lebih baik.Atrisha percaya memang benar kata Ummi.Mungkin pertemuan dia dan Asfan adalah masa depan yang lebih baik.Dia tidak pernah rasa cinta sebagaimana dia cintakan Asfan.Dia tinggalkan kerjaya sebagai peragawati kerana Asfan,sedangkan kata Ummi,itu cita cita Atrisha sejak kecil.Atrisha mahu jadi seperti Zahnita.Peragawati pujaan Atrisha sejak sekolah.Atrisha tidak kisah apabila teman teman mengatakan dia bodoh kerana tinggalkan kerjaya hanya untuk menjadi seorang suri rumah kepada “Buaya kota”.Hurm,”Buaya kota” adalah jolokan buat Asfan.Siapa yang berada di dalam kalangan mereka,pasti kenal dengan Asfan. Seorang usahawan muda,kacak dan yang penting,lelaki itu memang hebat memikat. Setiap butir bicara yang keluar dari bibir Asfan cukup teratur dan yang tiada seorang wanita pun yang akan terlepas jika sudah dipangkah Asfa termasuklah dia.Atrisha tersenyum sendiri.Bagaimanalah dia yang keras hati cair juga dengan Asfan Azriff.